Eviews 9 Student Version Lite (FREE)

Assalamualaikum w.b.t

Pada post yang lepas saya ada suarakan untuk tidak gunakan alat bantu kerja yang tidak patuh syariah (klik sini). Hari ini saya ingin kongsikan satu software yang selalu digunakan oleh pelajar dan pensyarah dalam kerja-kerja data and statistics analysis secara PERCUMA. Eviews.

Di saat post ini ditulis, Eviews sudah masuk version 9. Pelajar dan pensyarah boleh guna Eviews 9 Student Version Lite. Tetapi jangan expect semua features ada, dah nama pun free, so bersyukur lah....

Kaedahnya seperti berikut:
  1. Layari laman web Eviews (klik sini)
  2. Klik "Free Download" dibawah section Eviews 9 Student Version Lite
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan, setelah selesai klik, "I'm not a robot" dan akhir sekali klik "Request Serial Number"
  4. Eviews akan hantar serial number/product key ke email anda beserta link untuk download software. Anda akan dapat email seperti di bawah.

  5. Selepas selesai download file berkenaan, mulakan install, dan masukkan serial number/product key yang telah diberikan.

  6. Alhamdulillah anda boleh gunakan software percuma ini untuk tempoh setahun bermula dari tarikh mula pemasangan.



    Selamat belajar. Gunakan alat bantu kerja yang patuh syariah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)