Alat Bantu Kerja Tidak Patuh Syariah

Seperti yang ditulis di Facebook, aku merasakan, tidak berkat gaji yang diterima sebagai pensyarah, yang mengajar, menyelia, menerbitkan artikel-artikel ilmiah, menghasilkan inovasi, dan membuat kerja-kerja perundingan, dengan menggunakan alat bantu kerja yang tidak patuh syariah.

Contoh "alat bantu kerja yang tidak patuh syariah":
  1. Windows 7/8/10 yang pirate. Sumber dari sebuah kedai komputer di Low Yat Plaza, harga jualan untuk Windows 7 Professional (RM620),Windows 8.1 OEM (RM413) dan Windows 10 OEM (RM429). Tetapi bila laptop/komputer dihantar ke kedai untuk format semula, hanya bayar kurang dari RM50. Walaupun, bila disemak pada Windows Properties kelihatan seperti genuine, tetapi pada hakikatnya, crack telah digunakan untuk tujuan pengaktifan.

  2. Microsoft Office (Word, Excel, etc.). Harga jualan di kedai bagi MS Office 365 Home Premium Personal adalah RM186 setahun dan kene renew apabila telah expired. Tetapi yang ada dalam komputer seolah-olah boleh pakai selama-lamanya.

  3. Perisian antivirus. Sama juga seperti diatas, harga jualan lebih mahal, dan perlu renew apabila telah expired. Tetapi yang kita install, harganya jauh lebih murah.

  4. Perisian-perisian untuk pembelajaran, seperti IBM SPSS, Minitab, Eviews, yang kebanyakan digunakan oleh pelajar, penyelidik, dan pensyarah dalam analisis berstatistik. Perisian-perisian ini sememangnya mahal, dan selalunya pihak universiti yang akan beli untuk kegunaan pelajar dan pensyarah.

Comments

  1. I've been using Kaspersky security for a number of years now, I would recommend this Anti virus to all you.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)