Berakhir Semester Mac - Julai 2014

Alhamdulillah, segala puji pada Allah, pemilik seluruh alam....hari ini berakhirlah sudah semester Mac - Julai 2014 dengan berakhirnya pembentangan projek pelajar tahun akhir CS228.

Coretan kali ini, hendak merumuskan segala apa yang telah berlaku sepanjang semester berlangsung. Pada semester ini saya telah diamanahkan untuk mengajar kod kursus QMT533 (Econometric) dan QMT463/STA570 (Time Series Analysis and Forecasting). Kedua-dua topik ini telah saya ajar pada beberapa semester yang lepas, maka persediaan mengajar tidak lah begitu banyak, cuma tanggungjawab yang terbesarnya adalah kedua-dua kod ini melibatkan kumpulan pelajar yang sama. Bermakna kumpulan pelajar ini akan bersemuka dengan pensyarah yang sama bagi dua kod yang berlainan dalam hari yang sama.

Agak mencabar kerana saya kene memastikan pelajar tidak confuse dengan kod yang dipelajari dan memastikan pelajar tidak bosan berada dalam kelas. Jadi, terpaksa lah kadang-kadang membuat selingan-selingan yang sememangnya terkeluar dari skop kuliah seperti bercerita, membuat lawak-lawak kurang cerdik, aksi-aksi yang boleh membuatkan pelajar ketawa dan mendendangkan lagu-lagu kepada para pelajar. Semua ini dilakukan supaya pelajar tak bosan berada dalam kelas saya walaupun ianya tidak mencerminkan diri saya yang sebenar. Pabila tengok riak wajah yang segar dan gelak tawa yang comel, adalah kejayaan kecil saya dalam memastikan kuliah saya senantiasa fresh.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang kuliah berlangsung...secara jujurnya saya bersyukur dan gembira dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar semester ini dan harapan saya hubungan pelajar-pensyarah di dalam bilik kuliah tidak berakhir dengan berakhirnya semester....tetapi biarlah kita senantiasa menjadi kawan.

Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada tutur bicara dan perlakuan saya yang jelik dari kaca mata para pelajar. Saya insan biasa, walaupun sudah bergelar pensyarah tapi masih banyak ilmu kehidupan yang perlu saya pelajari. Sebarang teguran dan pandangan para pelajar terhadap saya dari apa jua sudut saya  alu-alukan dan saya terima dengan hati yang terbuka.

Akhir kalam, Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri dari saya

Ikhlas

Azlan b. Abdul Aziz





Dalam ingatan





Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)