Berbin/bintikan smartphone


Waktu cuti merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga. Mak abah menunggu kepulangan anak-anak balik ke kampung, anak-anak pula tak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa mak abah/atok opah atau jalan-jalan ke tempat yang menarik. Pasangan suami isteri pula dapat luangkan lebih masa bersama keluarga. 

Namun, pemerhatian mendapati, masa yang sepatutnya digunakan sebaiknya bersama ahli keluarga telah digunakan untuk memberi tumpuan hampir sepenuhnya kepada smartphone masing-masing. Smartphone tidak lekang di tangan, WhatsApp ditunggu-tunggu 'alert notification'-nya menandakan ada mesej masuk, Facebook di'share', di'like', dibaca hampir setiap masa. Smartphone sentiasa dibaca tidak kira masa.

Fikiran tertanya-tanya, kenapakah smartphone ini diberikan perhatian jauh lebih besar berbangding ahli keluarga? Hendak dikatakan kad pengenalan ber-bin/bintikan SamsungGalaxyNote8, tengok ic xjumpa. Diperhati sijil nikah/kad perakuan nikah tidak pula terjumpa pasangan bernama Vivo5sDato'CT. Tetapi kenapa banyak masa diberikan kepada smartphone.

Duit belanja sekolah, mak abah bagi.
Keperluan universiti, mak abah bagi.
Zakat fitrah setiap kali menjelang syawal, abah/suami bayarkan.
Nafkah kepada isteri dan anak-anak, suami sediakan.
Hampir semuanya diberikan oleh ahli keluarga (manusia), tapi kenapa smartphone juga diberi layanan istimewa?

"Smartphone hanya untuk smart people sahaja, Kalau rasa tak smart (taknak kata bodoh) please guna semula Nokia 3310".

Buat anak-anakku, ingatlah abahmu bukanlah smartphone, tapi Azlan Abdul Aziz, anak penjual nasi lemak jalanan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)