Skip to main content

MyNutriBesen

Assalamualaikum, saya terangkan sedikit berkenaan kaedah MyNutriBesen

1) Motivasi

Saya mula berjinak dengan sistem hidropot pada tahun 2015 dengan menggunakan bekas tin susu anak yang tidak digunakan, 

dan seterusnya kepada pot. 


Namun, setelah menggunakan pot, saya mendapati nutripot ada kelemahan yang boleh ditambahbaik. Antara kelemahannya:
  • Hasil tanaman yang sedikit
  • Perlu mengisi semula air baja dalam tempoh masa yang singkat (sekiranya outstation 1-2 minggu atau musim cuti perayaan)
  • Mengguna ruang yang banyak.

Dari situ, saya mengubahsuai kaedah nutripot yang sedia ada dengan mengantikan pasu kepada besen, maka terhasil lah MyNutriBesen.

2) Peralatan

Untuk menghasilkan MyNutriBesen, memerlukan:
  • Tong cat (18 liter) - dapat percuma
  • Besen - RM10
  • Tali mop
  • PVC connector - RM2
Jumlah: RM12

3) Cara-cara menghasilkan MyNutriBesen

Step 1) Bersihkan tong dan penutup cat

Step 2) Tebuk penutup cat pada bahagian tengah dengan menggunakan drill. Hole saw yang digunakan adalah bersaiz 19-22inci

Step 3) Tebuk besen pada bahagian tengah, juga menggunakan saiz hole saw yang sama pada Step 2)

Step 4) Masukkan PVC connector. Ini bertujuan untuk gabungkan penutup tong cat dan besen.

Rajah 1: PVC connector telah menghubungkan penutup tong dan besen
Rajah 2: Gambaran dari bahagian bawah

Step 5) Masukkan 4-8 tali mop menerusi pvc connector, dan ikat pada setiap penjuru besen dengan cable tie.  

Rajah 3: Gambaran dari bahagian hadapan

Step 6) Masukkan cocopeat ke dalam besen dengan kedalam 2cm

Rajah 4: Cocopeat dimasukkan ke dalam besen

Step 7) Isi air baja kedalam tong cat. Tabur biji benih kedalam besen.

4) Perbezaan Hasil Tanaman

Rajah 5: Hasil Nutripot biasa
Rajah 6: Hasil MyNutriBesen

5) Kelebihan MyNutriBesen
  • Boleh mendapat hasil tanaman yang lebih banyak untuk setiap besen.
  • Tidak perlu penjagaan yang rapi, kerana air akan meresap melalui tali mop dan terus ke cocopeat.
  • Air baja mampu bertahan lebih dari seminggu (18 liter air baja dalam setiap tong cat)
6) Koleksi gambar hasil MyNutriBesen (klik pada gambar)





Selamat ber"MyNutriBesen"





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap kelas mempunyai implikasi tertentu.
Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas: Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00)Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49)Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99)Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19)
Kebaikan/Keburukan setiap kelas:
Kelas Pertama:Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhDAntara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negaraMenjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja.Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa)
Kelas Kedua AtasAntara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTMSyarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master)Ada sesetengah syarikat-syarikat besar menetapkan syarat ini untuk dibenarkan buat latihan praktik.

Kelas Kedua Bawah dan Kelas Ketiga Anda boleh berjaya dalam…

Geran Penyelidikan: Geran Academic & Research Assimilation (ARAS)

Syukur ke hadrat Illahi memberi diri ini peluang untuk buat research. Dahulu semua aktiviti research yang dijalankan semuanya guna duit sendiri dan duit TAPA. Tapi kali ini, diberikan peluang untuk menjalankan research dengan dana yang diperuntukkan oleh UiTM melalui geran dalaman ARAS sebanyak RM xx,xxx.00. (tak payah la bagitahu disini)
Pentingnya dana ini kerana, segala perbelanjaan seperti: Upah Research Assistant (undergraduate/postgraduate)Conference and Journal FeeKos penginapan dan perjalananPembeliaan buku, software dllakan dibiaya/dibayar hasil daripada dana ini. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.