Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

MyNutriBesen

Assalamualaikum, saya terangkan sedikit berkenaan kaedah MyNutriBesen
1) Motivasi
Saya mula berjinak dengan sistem hidropot pada tahun 2015 dengan menggunakan bekas tin susu anak yang tidak digunakan, 
dan seterusnya kepada pot. 

Namun, setelah menggunakan pot, saya mendapati nutripot ada kelemahan yang boleh ditambahbaik. Antara kelemahannya: Hasil tanaman yang sedikitPerlu mengisi semula air baja dalam tempoh masa yang singkat (sekiranya outstation 1-2 minggu atau musim cuti perayaan)Mengguna ruang yang banyak.
Dari situ, saya mengubahsuai kaedah nutripot yang sedia ada dengan mengantikan pasu kepada besen, maka terhasil lah MyNutriBesen.
2) Peralatan
Untuk menghasilkan MyNutriBesen, memerlukan: Tong cat (18 liter) - dapat percumaBesen - RM10Tali mopPVC connector - RM2Jumlah: RM12
3) Cara-cara menghasilkan MyNutriBesen
Step 1) Bersihkan tong dan penutup cat
Step 2) Tebuk penutup cat pada bahagian tengah dengan menggunakan drill. Hole saw yang digunakan adalah bersaiz 19-22inci
Step 3) Tebuk bese…

Projek Tanaman Cili Hidropot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tugas pendidik bukan sahaja mengajar, memberi tutorial, memeriksa skrip jawapan pelajar, bahkan memastikan graduan mampu memperoleh pekerjaan yang selayak dengan sijil yang diperoleh. Namun, tidak semua bernasib baik. Ada yang cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan.
Realiti kini, peluang pekerjaan semakin mengecil. Banyak syarikat-syarikat mula mengecilkan operasi, seterusnya menambah kepada peningkatan jumlah pengganguran yang sedia ada banyaknya.
Oleh demikian, pelajar seharusnya sedar akan permasalahan ekonomi kini, dan mengambil inisiatif dalam menghadapinya. Kerap kali saya suarakan kebimbangan ini di dalam kuliah saya, dan kerap kali juga saya meminta pelajar untuk belajar / mencari ilmu di luar bidang pengajian.
Antara langkah yang saya kira mampu memberi pendapatan lumayan adalah menceburkan diri dengan bidang pertanian. Bidang pertanian ini sekiranya MINAT dan tahu caranya sudah pasti LUMAYAN. Juster…