Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

QMT533 Assignment 2

Assalamualaikum, seperti pelajar sedia maklum, pelajar perlu hantar Assignment 2 pada hari nie melalui dropbox. Saya perincikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Setiap pelajar perlu menghasilkan satu folder dengan rename folder tersebut mengikut format yang diberikan.
Folder berkenaan perlu mempunyai files berikut:Halaman past year yang diperlukan sahaja. Bukan hantar kesemua halaman past year paper. Contoh klik sini.Assignment perlu dihantar dengan format pdf.SPSS data file
Pelajar perlu hantar link folder masing ke borang yang dilampirkan. Klik sini. Perlu diingatkan link perlu dipendekkan dengan menggunakan Google Url Shortener.Saya amat menitikberatkan format pada assignment ini.

Student Activity: International Social Science Conference 2016

Alhamdulillah, pada 20-22 April 2016, saya telah membawa empat (4) orang pelajar Sarjana Muda Matematik Pengurusan (CS248) UiTM Perlis ke International Social Science Conference (iSSC) 2016: Wardah Mohd NorNurul Asyiqin IbrahimJuliana LimNurul Izzati MazniMereka telah berjaya membentangkan hasil kerja mereka di Equatorial Hotel, Penang. Tahniah diucapkan. Ini merupakan satu nilai tambah kepada mereka selain memperolehi skrol ijazah mereka pada masa hadapan. Sekiranya ditanya apakah hasil yang diperolehi di universiti ketika ditemuduga, maka inilah jawapanya "Saya telah membentangkan hasil projek tahun akhir di sebuah konferansi antarabangsa di Penang pada tahun 2016".
Ini merupakan aktiviti kedua yang telah saya jalankan. Aktiviti pertama sila klik sini. Terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) yang telah membiayai yuran penyertaan dan penginapan di Alora Hotel.
Harapan saya, agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan, bagi meningkatkan kebolehpasa…

First Time

22 April 2016 Jumaat 11.09 pm

Alhamdulillah sangat gembira hari nie, selama 3 hari handle conference di Penang. Tidak terungkap betapa seronoknya hari ini. Best sangat-sangat. Banyak perkara-perkara baru dapat dalam program kali ini, antaranya: First time attend ke international conference, melihat suasana macam mana perjalanan presentationFirst time juga menjadi committee member international conferenceFirst time berada di hotel 5 starFirst time jadi cameraman conferenceFirst time buat slideshow untuk international dinnerFirst time arrange teknikal audio untuk international dinner Aku juga membawa 4 orang pelajar CS248 untuk present hasil kerja mereka di conference. Biar mereka ada pengalaman yang boleh dimanfaat for their career development.
Dan yang paling penting, dapat berkenalan dengan committe members yang gila-gila dan sempoi bak hang.
Second time....lepaih nie aku pula yang akan present di international conference, semangat tengok participant present paper masing2.

Gambar Kenang-…

Imbau 2: Temuduga Executive Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Lama mencari akhirnya baru jumpa, surat panggilan temuduga di PNB. Temuduga pertama sebelum tamat degree.

Tamat latihan praktikal pada Oktober 2007.  Graduate pada Mei 2008.  Panggilan Temuduga Pertama: 17 April 2008 Panggilan Temuduga Kedua: 16 Mei 2008
Tak percaya juga dapat panggilan temuduga dari PNB dengan CGPA 3.07 jer....tapi alhamdulillah dapat juga ditemuduga company besar. Tapi takde rezeki di PNB. Nak tahu mcm mana boleh dapat temuduga??? Hadam skill dalam MS Excel sebanyak mungkin, confident cakap English Langguage walaupun grammar berterabur, and LAJU dalam semua tindakan. Tunjukkan efficiency dalam kerja yang dilakukan.