Skip to main content

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap kelas mempunyai implikasi tertentu.

Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas:
  1. Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00)
  2. Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49)
  3. Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99)
  4. Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19)

Kebaikan/Keburukan setiap kelas:

  1. Kelas Pertama:
    • Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD
    • Antara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negara
    • Menjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja.
    • Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa)

  2. Kelas Kedua Atas
    • Antara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM
    • Syarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master)
    • Ada sesetengah syarikat-syarikat besar menetapkan syarat ini untuk dibenarkan buat latihan praktik.


  3. Kelas Kedua Bawah dan Kelas Ketiga
    • Anda boleh berjaya dalam hidup, tapi usaha perlu ditingkatkan, kerana peluang untuk mendapat pekerjaan bagi kelas ini bukan mudah. Saya mencadangkan agar graduan bagi kelas ini untuk menceburi bidang perniagaan. Usaha yang kuat dan rajin, insyaAllah anda boleh setaraf atau lebih daripada graduan kelas pertama dan kedua atas.
Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian, belajar rajin-rajin, timba ilmu sebanyak mungkin terutama ilmu diluar bidang pengajian. Kadang-kadang ilmu itu perlu dicari dan digali sendiri, kerana ilmu akan lebih lekat berbanding apa yang diajar didalam kelas.

Comments

  1. Assalamualaikum..
    Blh saya tnye skit x...
    Pengelasan Untuk ijazah ni mmg tetap utk semua universiti ke..atau mngikut standard yg dtetapkan oleh universiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, saya rasa ia merupakan standard bagi semua ipt di malaysia

      Delete
    2. UNIMAS kelas pertama 3.75 dan ke atas

      Delete
    3. UPM kelas pertama 3.75 dan ke atas

      Delete
  2. MAAF BERTANYA. BERKENAAN SOALAN DI ATAS, SEKIRANYA BUKU PANDUAN UNIVERSITI YANG SEDANG SAYA MELANJUTKAN PELAJARAN SEKARANG INI MASIH MENGGUNAKAN SISTEM PENGELASAN IJAZAH YANG LAMA (KELAS PERTAMA 3.70 KE ATAS, KELAS KEDUA 3.69 KE BAWAH), BERMAKNA SISTEM ITU TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI LAGI LAH YE? DAN BERMAKNA PENGELASAN IJAZAH YANG TERBARU SEPERTI TUAN NYATAKAN DI BLOG INI TELAH DIKUATKUASAKAN MULAI TAHUN 2016 INI?

    -PELAJAR DARI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pandangan saya, mungkin sama bagi semua ipt, tapi mungkin berbeza mengikut bidang pengajian. Saya mencadangkan, agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh IPT masing2

      Delete
  3. Salam. Apa yang penting ialah berusaha sehabis baik untuk mendapat kejayaan di kelas tertinggi.
    Alhamdulillah, saya berjaya mendapat PhD dari universiti luar negara setelah menamatkan pengajian dalam tempoh 3.5 tahun dan kelulusan Ijazah Sarjana Muda saya hanya kelas kedua rendah dari U. Malaya. Nothing is impossible!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...saya pun sedang berusaha untuk belajar ke peringkat PhD. Boleh share experience

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak bertanya, untuk kelas pertama >= 3.50 CGPA, kalau student PTPTN boleh minta convert ke biasiswa kan?

    Sebab saya banyak rujuk kat internet, ramai kata yang kelas pertama tu >= 3.75, so dah confuse samada PTPTN akan pakai >= 3.75 atau >= 3.50.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt.,

    Saya peroleh Ijazah Ketiga dengan Kepujian ( Single Major Sains Kimia). Bolehkah saya sambung Master di mana-mana Universiti? TK.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MyNutriBesen

Assalamualaikum, saya terangkan sedikit berkenaan kaedah MyNutriBesen
1) Motivasi
Saya mula berjinak dengan sistem hidropot pada tahun 2015 dengan menggunakan bekas tin susu anak yang tidak digunakan, 
dan seterusnya kepada pot. 

Namun, setelah menggunakan pot, saya mendapati nutripot ada kelemahan yang boleh ditambahbaik. Antara kelemahannya: Hasil tanaman yang sedikitPerlu mengisi semula air baja dalam tempoh masa yang singkat (sekiranya outstation 1-2 minggu atau musim cuti perayaan)Mengguna ruang yang banyak.
Dari situ, saya mengubahsuai kaedah nutripot yang sedia ada dengan mengantikan pasu kepada besen, maka terhasil lah MyNutriBesen.
2) Peralatan
Untuk menghasilkan MyNutriBesen, memerlukan: Tong cat (18 liter) - dapat percumaBesen - RM10Tali mopPVC connector - RM2Jumlah: RM12
3) Cara-cara menghasilkan MyNutriBesen
Step 1) Bersihkan tong dan penutup cat
Step 2) Tebuk penutup cat pada bahagian tengah dengan menggunakan drill. Hole saw yang digunakan adalah bersaiz 19-22inci
Step 3) Tebuk bese…

Learn Excel 1: Aktifkan Equation Editor

Assalamualaikum, kepada pelajar yang tidak dapat aktifkan icon Equation pada Microsoft Office, boleh layari laman web berikut:

Link : http://www.technipages.com/word-enable-equation-editor