TIDAK BOLEH dilakukan dalam dunia akademik

Pada 12 Januari 2016, saya membaca satu artikel menarik yang ingin dikongsi bersama. Artikel ditulis oleh Xifu Naser bertajuk "Haram kerja di kedai fotostat" (klik sini untuk artikel penuh). Hal ini nampak remeh, tapi implikasi besar apabila bekerja nanti.

Antara intipati yang saya dapat dari artikel ini antaranya:
  1. Tidak boleh pelajar/pensyarah/penyelidik/ahli akademik fotostat buku-buku walaupun niat fotostat itu adalah baik, yakni untuk mempelajari ilmu atau digunakan sebagai bahan rujukan. Perbuatan ini tidak boleh dilakukan sama sekali kerana buku-buku itu adalah hak milik penerbit/penulis. Mereka juga ada anak isteri yang perlu diberi nafkah atas jualan buku-buku mereka.
Ingin saya menasihati pelajar/pensyarah/ahli akademik tentang perkara-perkara yang tidak boleh dalam dunia akademik.
  1. Tidak boleh fotostat buku-buku/bahan rujukan tanpa keizinan dari penulis/penerbit
  2. Tidak boleh menggunakan perisian-perisian cetak rompak (pirate) seperti:
    • Windows 7,8,10 yang tidak asli (genuine)
    • Microsoft Office (Word, Excel, Power Point)
    • Adobe Acrobat Professional
    • Software anti-virus
    • Software yang digunakan untuk belajar seperti: SPSS, Minitab, Matlab dll
    • dan lain-lain software yang menggunakan "crack" atau apa jua cara untuk menjadikan software berkenaan boleh beroperasi sepenuhnya tanpa perlu membeli dengan harga sebenar yang jauh lagi mahal.
Sudah semestinya menjadi kerisauan sekiranya, hasil gaji yang diperolehi, diberikan kepada mak ayah, isteri dan juga anak....adalah daripada segulung ijazah hasil dari sumber-sumber tidak halal seperti yang dinyatakan diatas.

"Kalau macam tue, tak boleh lah kami belajar dengan baik di universiti sekiranya keperluan diatas tidak ada. Nak beli? Harga buku dan software original semuanya mahal."

Memang benar, harga buku dan software untuk kegunaan belajar sememangnya mahal. Tapi sebenarnya kita ada alternatif. Saya bawakan contoh:
  1. Windows 7,8,10 - bila pelajar beli laptop baru, telah tersedia ada Windows di dalamnya. so tak payah beli Windows yang baru. Cipta System Image, sekiranya ada masalah pada masa hadapan, sistem boleh restore kepada sistem sedia kala.
  2. Microsoft Office (Word, Excel, Power Point) - kalau tak mampu beli, guna yang open source (free) seperti Google Docs, Kingsoft, dll.
  3. Adobe - pakai jer version yang percuma Adobe reader
  4. software untuk belajar (SPSS, Minitab, Matlab dll) - license untuk software ini terlalu mahal, jadi guna open source yang boleh memberikan output yang sama, contoh R packages.
Semoga hasil gaji yang kita terima setiap bulan nanti, datangnya dari sumber-sumber yang halal sewaktu kita belajar di universiti. InsyaAllah.

Comments

  1. Have used Kaspersky anti-virus for a number of years, I'd recommend this anti virus to all of you.

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaa cakap memang senang, tapi ada certain2 app yg pensyarah nak kita gunakan terutamanya adobe, mereka offer 1 bulan percuma trial, lepas tu bayar RM 96 sebulan, kita belajar 6 bulan, Encik. Kami pelajar memang mencari dan menggunakan app yg sah atau halal, tapi apa gunanya kalau pihak Universiti tidak menyediakan keperluan2 aplikasi specifik untuk kursus2 tertentu, mungkin ini akan meringan masalah kewangan dan produksi pelajar, sekian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)