Dari mana datangnya motivasi....

Dari mana datangnya motivasi untuk menulis "TIDAK BOLEH dilakukan dalam dunia akademik" dan "Alat Bantu Kerja Tidak Patuh Syariah" ?

Kesedaran ini timbul apabila terbaca satu artikel di Sinar Harian online bertajuk "Haram kerja di kedai fotostat" nukilan Abdul Naser Tun Rahman atau lebih dikenali Xifu Naser. Tulisan beliau buatkan diri ini tidak senang, terganggu. Terganggu kerana diri ini mempunyai tanggungjawab sebagai anak, suami, bapa dan pensyarah.

  1. Anak: Selepas gagal dalam SPM 2001, aku melanjutkan pengajian selama 7 tahun di UiTM. Hanya ada satu matlamat, membantu mak abah keluar dari kemiskinan. Alhamdulillah, Allah izinkan matlamatku tercapai. Persoalannya, adakah bantuan dan bakti kepada mak dan abah, datang dari sumber yang PATUH SYARIAH ? adakah scroll master, degree dan diploma yang diperolehi hasil dari sumber yang PATUH SYARIAH? adakah buku-buku rujukan dibeli atau sekadar fotostat? sekiranya fotostat, adakah penerbit/penulis buku berkenaan REDHA? adakah software yang digunakan ketika belajar dulu GENUINE atau PIRATE?......pening.....

  2. Suami dan Bapa: Aku mempunyai sedikit kemahiran dalam komputer. Nak repair dekstop, install software, dan formatting, insyaAllah boleh. Kebiasaanya, isteri akan minta tolong dalam hal-hal ini. Tapi sekiranya install software yang PIRATE, risau akan dipertanggungjawab nanti di Padang Masyar. Terganggu fikiran ini, sekiranya nafkah yang diberi kepada isteri dan anak, datangnya dari sumber-sumber TIDAK PATUH SYARIAH....berat-berat....

  3. Pensyarah: Kebanyakan pelajar kerja nak senang, anything need to be provided, semua mesti terhidang, mereka tunggu telan sahaja. Tapi tak semua, ada yang rajin...cuma bab-bab software ini, mereka tak berkemampuan untuk beli, tapi digunakan sepenuhnya dalam kuliah. Sekiranya pensyarah memberikan software PIRATE, walaupun atas dasar murni "Tujuan Ilmiah", seolah-olah pensyarah mengajar pelajar melakukan perkara-perkara yang TIDAK PATUH SYARIAH. Hal ini akan berlarutan sampai bila-bila, tanpa teguran dan pembetulan. Jangan pula, pensyarah menanggung dosa-dosa pelajar-pelajar ini.


Diri ini bukan ahli Agama, banyak perlu diperbaiki, bukan untuk menunjuk hebat. Cuma fikirlah,ADAKAH HASIL GAJI ANDA DATANG DARI SUMBER YANG PATUH SYARIAH? SANGGUPKAH LIHAT SUSU YANG DIMINUM ANAK DATANG DARI SUMBER YANG TIDAK HALAL?


Renungkan. Wallahua'lam.


Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)