Lintasan Hati

Risau melihat cabaran masa hadapan para pelajar saya. Niat di hati bukan untuk mengajar anda untuk berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia, cuma mendidik anda untuk menambah kekayaan melalui pendidikan agar hasil kekayaan digunakan untuk mencari redha Allah (seperti membantu fakir miskin melalui sedekah, dan yang paling penting membantu ibu bapa yang kesusahan). 

Sememangnya saya akui, perjalanan menuntut ilmu itu perit, menyiksakan, tidak tertahan, subjek yang dipelajari susah dsb...tapi saya yakin liku-liku perjalanan untuk menuntut ilmu itu akan memberi kesenangan pada anda pada masa depan.

Disini saya lampirkan rumusan ringkas dan mungkin tidak lengkap, tapi sekurang-kurangnya memberi gambaran kasar perbezaan gaji pokok anda mengikut kelayakan. Bandingkan gaji anda dan rakan-rakan selepas 10 tahun mengambil SPM.

Maaf saya tak pandai berkata-kata memberi semangat...cuma saya menyeru kepada adik-adik yang saya sayangi....belajarlah setinggi mungkin untuk masa depan yang mudah, bantulah Ibu dan Ayah...kasihanilah mereka, InsyaAllah Allah akan mengasihani anda disaat anda benar-benar memerlukan...

~saya sudi membantu~

Ikhlas,

En. Azlan Abdul Aziz




sumber: JPA
             UiTM

Comments

Popular posts from this blog

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Dokumen rasmi dan cop pengesahan, jadikan satu aktiviti wajib setiap orang.

Imbau 1: Permodalan Nasional Berhad (PNB)