Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Journal & Article Database

Assalamualaikum,

Hampir tiga tahun saya telah berkhidmat di UiTM Perlis sebagai pendidik dalam bidang statistik....dan selama tempoh ini, saya dapati ada beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar saya, diantaranya adalah masalah dalam mencari tajuk untuk projek akhir tahun atau "Final Year Project (FYP) ".

Salah satu kaedah yang boleh saya bantu adalah dengan mewujudkan Journal & Article Database. Dengan cara ini, para pelajar boleh:


Mendapatkan idea untuk tajuk FYP.digunakan sebagai sumber Literature Review (LR)memahami dengan lebih lanjut subjek yang dipelajari didalam kelas
Inisiatif yang saya lakukan ini dengan meletak link-link yang berkaitan dengan isu-isu dan  teknik-teknik terbaru dalam bidang statistik, bukanlah bermakna saya arif dan pakar dalam bidang berkenaan kerana saya pun masih lagi mentah dan belum matang dalam ilmu statistik ini. Akan tetapi sekiranya ada persoalan, InsyaAllah saya cuba jawab yang mana termampu.
Untuk permulaan saya baru sahaja meleta…

Penilaian Kendiri - Intersesi 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pada ruangan kali ini, tiada makluman untuk nota, quiz dsb...tujuan post kali ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dalam bentuk cadangan & pandangan daripada para pelajar yg saya sayangi, supaya di masa-masa akan datang, saya dapat meningkat mutu pengajaran saya...

saya sedar masih lagi terdapat kelemahan yang ada pada diri saya, yang mana saya tidak sedar, akan tetapi disedari kelemahan itu oleh para pelajar saya...

maka oleh itu saya membuka ruang kepada para pelajar saya untuk memberikan cadangan & pandangan dari segi:

1) Cara pengajaran
2) Interaksi bersama pelajar
3) Personaliti
4) silibus
5) lain-lain perkara

untuk memastikan respon yang diberikan adalah genuine, saya menyarankan agar tidak meletakkan nama atau apa sahaja yg membolehkan saya mengenali siapakah penyampainya....cukuplah hanya memilih "Guest" or "Anynomous"

jangan risau...sebarang cadangan or pandangan saya terima dengan hati yang terbuka...insyaAllah.…