Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

QMT425 : Simulation

Salam,

Saya dapati kebanyakan students risau tentang soalan simulation (15markah) & saya juga risau sekiranya u all semua not perform well because of this question. Therefore, i would like to have discussion class (extra class - not compulsory) for those who want to excel.

Thanks.

QMT425 : Carry mark

Salam

Alhamdulillah proses pengiraan carry mark bagi kod QMT425 telah selesai. Para pelajar QMT425 boleh melihat carry mark anda di QMT425 > Assessment.

Dilampirkan juga kaedah pengiraan carry mark di ruangan yang sama.

InsyaAllah saya sedang berusaha meng'upload' skema jawapan untuk semua test & quiz...saya harap pelajar-pelajar yg saya sayangi dapat bersabar.

Semoga berjaya pada semua....saya doakan anda semua dapat gred A dalam paper ini.

Sekian.

Makluman : QMT425

Salam,

kepada para pelajar yang belum lagi mengambil kertas jawapan test 1, sila ambil segera daripada saya. Sekiranya tidak diambil sehingga result keluar saya akan kitar semula kertas-kertas ini...

untuk test 2 akan dapat sedikit masa lagi.

Sekian.

Penilaian Kendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pada ruangan kali ini, tiada makluman untuk nota, quiz dsb...tujuan post kali ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dalam bentuk cadangan & pandangan daripada para pelajar yg saya sayangi, supaya di masa-masa akan datang, saya dapat meningkat mutu pengajaran saya...

saya sedar masih lagi terdapat kelemahan yang ada pada diri saya, yang mana saya tidak sedar, akan tetapi disedari kelemahan itu oleh para pelajar saya...

maka oleh itu saya membuka ruang kepada para pelajar saya untuk memberikan cadangan & pandangan dari segi:

1) Cara pengajaran
2) Interaksi bersama pelajar
3) Personaliti
4) silibus
5) lain-lain perkara

untuk memastikan respon yang diberikan adalah genuine, saya menyarankan agar tidak meletakkan nama atau apa sahaja yg membolehkan saya mengenali siapakah penyampainya....cukuplah hanya memilih "Guest" or "Anynomous"

jangan risau...sebarang cadangan or pandangan saya terima dengan hati yang terbuka...insyaAllah.…